Thursday 2 April 2015

updating....

hye bloggers.. so yaa im back after a long time i didnt updated this site. well if you dont mind can i say 'hello' ? no response? well yahh im talking alone .. demmit but nahh nevermind. hahaha *gelak paksa* 
lama tak update blog? cuz i left my lappy at my family house.. 
hence, im not good in blogging. daaa im not a good writter .. so yaaa ,. im quiet but not for this time. lalala *act like a kiddos* so yaa see ya'all  ASAP ! 

Thursday 7 August 2014

gembiraaa

hye dear blog...
okayy firstly salam jumaat.. harini ramai lelaki pakai baju melayu kan.. hensem semuanyaa abang-2 aku.. bertuah sangat.. hahaha *lewls
and yeahh happy cuti lulus selama 3 harii.. bulan 9 nii okayy sangat excited and tak sabar .. but nahh masih tak tentukan lagi mana nak pergi.. anyone suggest?? bulan 1 nanti akak ajak pergi SINGAPORE .. well actually nak cakap harini rasa heaven gilaa.. happy semacam tak tahu kenapa.. maybe ada suprise tadii kot.. or maybe kerja harini semua berjalan lancar.. takde stress takda masalah.. leganyaa kepala otak nii.. 


'salam jumaat, byee'

jawapan..

hyee .. dear blog..
malam ni aku tak tahu kenapa sakit sangat hati ni.. kecewa, sedih..
aku sayangkan dia. hati aku sudah mula terima dia.. tapi kenapa dia sanggup biat macamni? katanya mahu cari yang setia? manakah salah aku? aku berjumpa dengan A haritu sekadar berbual kosong. sebab kitorang mcam adk ngan abang. aku tidak menganggap dia lebih . tapi kenapa dia pikir lain? salah apa lagi?? 
malam ni juga aku tahu dia mengaku SINGLE padahal aku ?? siapa sebenarnya aku pada dia? 



mujur akak aku beritahu. entah berapa ramai lagi perempuan dia memberikan jawapan seperti tuu.. aku tahu aku tak secantik seperti dia impikan.. dia mahukan.. entah lah ..

aku cuma berharap dia yang terakhir.. yang betul2 aku mahukan hubungan serious.. hanya dia.. tapi adakah dia juga mahukan sebegitu?? jawapan sebetulnya ada pada dia.. 



-gadisKacaMata

'sayang, tolong fahamkan ayat dalam gambar ni kayy :') #F -sincerely iyraa

Wednesday 6 August 2014

pertanyaan/persoalan hati

dear blog...
harini aku nak mengadu lagii .. 
sejak malam tadi hati ini rasa tidak tenang. resah/gelisah. tidak tahu dimana/ apa penyebabnya.. kalau lah boleh aku sangat ingin tahu kenapa. sedikit sebanyak dada ini tidak merasa sempit/sakit. biarlah lapang sikit .. fikiran tak serabut malah tidak menitis air mata ini.. nak mengadu tak ada yang mahu mendengar /malah tiada seorang yang faham.. ramai bertanyakan soalan-2 yang sama. dan banyak kali juga aku menjawab sialan tersebut dengan menahan air mata / mengukir senyuman terpaksa. berpura-pura tiada apa ku rasa.. perit pedih aku telan begitu sahaja..  

'hye,awak dah ada boyfriend?'
'tak adaa'
'takkan lah tak ada'
'betul takda'

bila hati dah terima. sudah terbuka untuk menerima seseorang .. yang pasti bukan bahagia. tetapi kekecewaan. sedih.. mungkin silap aku juga..
sampaikan ada yang cakap pada aku

"no wonder kau gagal bile in relay, takda mana2 lelaki yang mahukan perempuan tak cantik. dorang takkan pandang. cuma jadi peneman bila bosan"

Alahai, bila dengar macamtuu, hati mana tak rapuh, hati mana tak sedih.. apakah benar apa yang dicakapkan itu.. paras rupa yang menjadi kepentingan utama dalam setiap perhubungan?? bukan keikhlasan? kejujuran hati??
sampai bilaa?? hati aku dah terlalu banyak kali kecewa.. sampaikan tidak tahu lagi macam mana nak aku ubatkan.. 

kawan-kawan acapkali menghantar gambar-2 bersama pasangan menceritakan saat2 bahagia, bahkan ada yang sudah ke jinjang pelamin. jujur aku cemburu. kenapa aku tidak dapat merasa kebahagiaan begitu.. 

teringin aku mahu ada yang mengambil berat, menjaga , menyayangi, dan mencintai.. tapi.. entah laa

mungkin ada yang akan cakap

" tak payah nak sibuk bercouple.. bukannya mati pon.. cinta dulu pada Allah, family"

okay memang tak mati tapi hidup tanpa cinta tuu takkan pernah sempurna.. 


-gadisKacaMata

perasaan..

hyee dear blog..
harini tak tahu kenapa hati aku rasa tak tenang.. mungkinkah ada perkara yang sangat aku takut bakalan terjadi?? apa mungkin? aku sayang pada seseorang.. dan berharap dia yang terakhir .. adakah dia juga begitu pada ku? perasaan sayang yang datang tiba tiba membuat kan aku tersangat takut kehilangan dia .. kerana bila dengannya.. aku berasa selamat .. hati aku rasa senang.. diri aku terasa lengkap bahkan aku terasa amat bahagia.. pelukannya cukup membuat kan aku rasa hangat dan selesa.. ciumnya membuat kan aku terasa sangat disayangi.. kata-kata nya membuatkan ku rasa sangat berkeyakinan.. senyumannya membuatkan aku benar-benar jatuh hati.. apakah tanda ini sebenarnya kita betul-betul jatuh cinta pada seseorang.. kalau benar.. berikanlaa aku sedikit sebanyak petunjuk bahawa dia juga mempunyai perasaan sebegitu padaku.. aku tidak meminta harta dia.. aku tidak memandang paras rupanya.. cukuplah sekadar kasih sayang yang tulus ikhlas daripadanyaa.. aku tidak meminta kesempurnaan.. cukuplah sekadar kehadirannya dalam hidup yang menyempurna kan aku.. aku cuma insan biasa yang tidak bisa lari daripada CInTA .. dan aku tahu.. jika aku benar-benar jatuh cinta.. hanya pada seseorang sahaja.. kerana hati aku cuma satu. yang hanya mampu dimiliki orang seorang sahaja.. tiada dua atau tiga.. 

-gadisKacaMata

Friday 1 August 2014

hati..

dear blog.. agak lama aku tidak mengupdate segala macam dalam ini .. segala apa yang aku lalui aku pendam di dalam hati sehingga aku rasa tidak mampu .. hendak aku lepaskan amarah, sedih, kecewa tiada tempat .. kadang aku menyendiri ,, kadang aku menyepi keseorangan.. kawan2 hanya tempat untuk aku bersuka ria.. tapi bukan untuk aku meluahkan kesedihan.. bukan tidak percaya tapi aku takut perkara yang sama bakal terulang .. kerana aku pernah mempunyai kawan yang betul2 aku sayang.. malah aku telah menganggap dia sebagai ahli keluarga, kakak.. tapi dalam diam dia lah orang yang 'tikam belakang' aku .. entah dimana salahnyaa.. sejak daripada tuu aku susah untuk percaya kan sesiapa.. begitu juga dengan 'kekasih' .. soal cinta? kau tahu apa tuu cinta? apa maknanyaa cinta? terlalu banyak kali aku gagal mempertahankan hubungan dengan seseorang.. hanya aku seorang yang memperjuang segala.. cuma aku yang berusaha mempertahankan cinta .. berharap aku akan bahagiaa.. tapi aku gagal.. mungkin betul kata 'mereka' aku yang tidak tahu menjaga hati .. tapi salahkah aku mencintai 'dia' ?? kesetiaan , kasih sayang , perhatian yang aku berikan bahkan kepercayaan .. disia-sia kan.. kalau nak cerita soal hati,, terlalu banyak kali hati aku telah hancur tapi disebabkan sayang aku sentiasa mengalah.. memberikan terlalu banyak peluang demi peluang tapi semua tuu?? KOSONG .. sekarang .. soal 'kekasih' aku tolak ketepikan.. disebabkan kisah dulu.. aku sukar percaya cinta itu wujud.. cuma sekarang aku rapat2 dengan lelaki dan aku hanya menganggap kawan biasa/abang .. tak lebih.. soal hati? aku lepaskan pada yang Esa .. bila tiba masa . aku yakin akan ada yang akan membuka pintu hati aku untuk bercinta.. :') - gadisKacaMata